Friday, January 23, 2009

bersawang...

Salam.....

Dah lama benar aku tak update blog ni, dah bersawang.....

Sebenarnya dah lebih 2 minggu kat opis aku tak ada internet connection, semuanya sebab worm yang ganas menyerang. Kiranya worm tahap zionis juga ni. Biasanya sibuk macam mana pun aku tetap curi masa update blog, sekarang susah la.

Diam tak diam, dah lebih 2 bulan aku kat tempat baru ni, insyaallah dalam tengah bulan Februari ni confirm la aku sebagai staf di sini. Tadi bos aku minta aku tandatangan penilaian dia untuk confirmation. Alhamdulillah, bos aku komen bagus, cerah peluang untuk confirm. Aku akan berkerja betul-betul sekarang, ye la tak lama lagi ahli baru nak dapat ahli baru dalam family.

Harap-harap lepas cuti raya cina ni internet connection kat opis aku pulih la, tak la bersawang lagi blog ni. Sampai jumpa lagi.

Saturday, January 10, 2009

Palestin....

Bermula semalam, masjid-masjid seluruh negara mengadakan kutipan derma untuk saudara-saudara kita di Palestin yang sedang di'ganyang' oleh Zionis. Semasa Jumaat, ingatkan khatib nak bagi khutbah pasal isu Palestin, tapi tau tak apa tajuk khutbah semalam? Pasal budak-budak masuk sekolah. Kat masjid mana, tak payah la beritahu. Kadang-kadang aku kesal juga dengan kebanyakan masjid yang tidak peka dengan isu semasa dan masih memberi khutbah pasal isu remeh temeh. Jadi tak hairan la kalau suku daripada jemaah tidur semasa khutbah.

Petikan khutbah yang aku baca di laman web saifulislam.com pasal isu palestin ini aku rasa sangat sesuai dan relevan dengan keadaan sekarang. Boleh baca disini

Dalam khutbah tersebut ada dinyatakan tindakan yang perlu diambil oleh seluruh umat islam dalam menangani isu Palestin ini. Caranya ialah melalui MENGECAM, MENCEGAH dan MENGUBAH. Salah satu cara mencegah boleh dijustifikasikan sebagai tindakan boikot produk/syarikat yang menyokong tindakan Israel ini. Jadi mulakanlah usaha kecil kita dengan memboikot produk-produk yang menyokong Israel.