Tuesday, December 23, 2008

Chikungunya

Sekarang sibuk pasal kes chikungunya. Apa sebenarnya chikungunya ni? Okey, aku nak berkongsi sikit maklumat pasal chikungunya ni.


1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya·
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Saturday, December 6, 2008

kerja, kerja, kerja....

Pejam celik, pejam celik, dah 3 minggu aku kat tempat kerja baru. Apa yang aku dah buat dan akan buat nanti:
  1. buat gap analysis - nak tahu status safety practice kat sini
  2. hantar proposal kat GMD (group managing director) untuk setup safety committee dan lantik chairman
  3. buat manual dan prosedur - yang ni banyak nak kena buat, rasanya adalah setebal 200 muka surat nak cover semua benda, mau makan paling kurang 1 minggu

So pasal tu aku tak dapat update blog ni selalu. Sekarang nak surfing internet macam kat mimos dulu dah tak sempat, website tak boleh sebarangan masuk, banyak firewall.

Thursday, November 27, 2008

Kerja baru

Lama juga aku tak update blog ni sejak masuk tempat kerja baru. Sibuk sikit, macam-macam nak kena buat. Sistem masih tak ada lagi, so aku kena setup dari awal la. Pendek kata kena mula dari 'zero'.

Kat sini setakat ni aku rasa ok jer, tapi tak tau macam mana bila dah lama nanti. Bagi aku yang penting aku buat jer kerja aku, hal-hal lain malas aku nak campur.

Macam mana la keadaan kat tempat lama aku sekarang? Aku dengar belum ada apa-apa berita pun pasal 'post' yang aku tinggalkan. Kalau tak ada orang jaga, nampak gaya susah la, banyak benda nak kena tengok. Harap-harap ok la kot.

Friday, November 14, 2008

Today Is My Last Day...

Hari terakhir aku kat MIMOS ni banyak juga benda nak kena buat..
  1. copy data-data dalam pc - banyak juga data nak kena copy ni, ye la 4 tahun punya hasil kerja
  2. pulangkan uniform - aku tak faham la dioarang ni, uniform yang dah lusuh pun suruh pulangkan juga. Bagi je la kat pekerja kat buat kenangan. Nak check DNA ke...?
  3. pulangkan pas pekerja, pelekat kenderaan dan medical card - benda ni tak pulang bahaya woo, diorang takut nanti aku guna pas pekerja dan pelekat kenderaan datang rompak mimos pulak.... :p
  4. hantar pc
  5. hantar email selamat tinggal
  6. salam-salam dengan member-member
Itu je la kot aku kena buat, takde sapa-sapa nak belanja aku makan ke hari ni...?

Thursday, November 13, 2008

Exit Interview

Hari ini pukul 4.15 petang ada sesi 'exit interview' dengan HR. Nak masuk kena interview, keluar pun kena interview. Tak kisah la, apa yang diorang tanya nanti aku jawab je dengan jujur dan ikhlas.

Tuesday, November 11, 2008

Minggu terakhir aku di sini


Minggu ini adalah minggu terakhir aku di MIMOS setelah 4 tahun di sini. Banyak pengalaman yang aku timba disini, bak kata 'pakcik astro', "macam-macam ada".

Aku ingat lagi masa aku datang temuduga dekat kat sini pada September 2004, masa tu orang yang temuduga aku adalah Haji Fuad, Razi dan Naila. Sekarang yang masih ada kat sini cuma Haji Fuad, Razi dan Naila dah berhenti dari MIMOS.

Kalau nak diikutkan, memang berat hati aku nak tinggalkan tempat kerja aku sekarang, tapi atas dasar untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk isteri dan anak yang bakal dilahirkan nanti, tawaran untuk ke tempat baru tidak dapat aku tolak.

Apa saja yang aku perolehi sepanjang berada disini amat aku hargai sama ada dari segi pengalaman, peluang memajukan diri dan yang paling penting rakan-rakan. Insyaallah, walaupun aku di tempat baru nanti, silaturrahim yang terjalin selama ini akan aku cuba kekalkan. Tengoklah, ada rezeki nanti aku nak buat jamuan dan jemput semua rakan sebagai tanda kesyukuran.

Thursday, November 6, 2008

Salam...

Posting pertama di laman blog ini. Tapi...

Apa yang aku mahu tulis?

Aku tak tahu, tapi aku akan tulis apa yang rasa hendak tulis.

Semoga aku terus mempunyai 'rasa' untuk terus menulis...